ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 111. Apa perkara yang boleh dibuktikan berkaitan dengan kenyataan terbukti yang relevan di bawah seksyen 20 dan 21.

Apabila sesuatu kenyataan yang relevan di bawah seksyen 20 atau 21 dibuktikan, semua perkara boleh dibuktikan sama ada untuk menyangkal atau menyokong kenyataan itu, atau untuk mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang membuat kenyataan itu, yang mana mungkin akan dapat dibuktikan sekiranya orang itu telah dipanggil sebagai saksi dan telah menafikan, apabila diperiksa balas, kebenaran perkara yang disarankan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.