ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 118. Kuasa Hakim bagi menanya soalan-soalan atau memerintah pengemukaan.

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapati bukti yang sepatutnya mengenai nyataan-nyataan yang berkaitan, menanya apa-apa soalan yang ia suka, dalam apa-apa jua bentuk pada bila-bila masa pada mana-mana saksi atau pihak darihal apa-apa nyataan sama ada yang berkaitan atau yang tidak berkaitan; dan boleh memerintah supaya dikemukakan apa-apa juga suratan atau benda; dan tidaklah mana-mana pihak atau wakil-wakil mereka berhak membuat apa-apa bantahan atas mana-mana soalan atau perintah itu, atau dengan tiada kebenaran Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberi bagi menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat bahawa keputusannya mestilah berasaskan nyataan-nyataan yang ditetapkan oleh Enakmen ini sebagai berkaitan dan dibuktikan dengan sempurnanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.