ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN X - PELBAGAI



Seksyen 79. Penyampaian penyata dsb.

Segala penyata yang dibuat di bawah Enakmen ini dan segala kiriman zakat (dan apa-apa persuratan berikutan dari atau berkaitan dengan apa-apa penyata atau kiriman itu) boleh, jika diposkan di Malaysia dalam sampul surat bertanda "zakat", dihantar dengan pos biasa kepada Setiausaha atau kepada seorang pegawai atau ke alamat yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah seksyen 76:

Dengan syarat bahawa Setiausaha bolehlah dalam hal-hal tertentu melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang supaya menghantar apa-apa penyata, dokumen atau persuratan melalui pos berdaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.