ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 75. Tanggungan membayar fitrah.

(1) Fitrah hendaklah dibayar oleh sekalian penduduk yang beragama Islam di dalam negeri ini, melainkan mereka yang dikecualikan daripada membayarnya oleh Hukum Syarak, dan kadar pembayaran bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad beras atau lain-lain makanan asas yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa mengikut Hukum Syarak atau dengan wang tunai sebanyak sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Majlis dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(2) Satu gantang Baghdad adalah bersamaan dengan tiga kati dua belas tahil atau bersamaan dengannya.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.