ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN XVI - AFIDAVIT
Seksyen 105. Prosidur angkat sumpah.
Suatu afidavit yang hendak digunakan di dalam mana-mana prosiding di Mahkamah hendaklah diikrarkan-
(a)
di dalam Selangor di hadapan mana-mana Hakim atau Pendaftar;
(b)
di lain-lain Negeri di dalam Malaysia di hadapan Hakim atau Kadi di tempat itu; dan
(c)
di luar Malaysia, di hadapan mana-mana pegawai Islam di kedutaan Malaysia atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di tempat itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.