ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 106. Perceraian tanpa kebenaran.

Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talak dalam apa jua bentuk sekali pun tanpa kebenaran Mahkamah, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.