ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 96. Saat memeluk agama Islam.

Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang orang Islam sebaik sahaja dia habis mengucap dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 95 dipenuhi; dan orang itu selepas itu disebut sebagai seorang muallaf.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.