ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VI - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 75. Beban membuktikan tentang nyataan yang tertentu.

Beban membuktikan sesuatu nyataan yang tertentu adalah terletak atas orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai adanya nyataan itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai nyataan itu hendaklah terletak atas mana-mana orang tertentu.

MISALAN

"A" berkehendakkan Mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu ia berada di suatu tempat lain. Ia mestilah membuktikannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.