ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Keterangan Dokumen
Seksyen 50. Keterangan sekunder.
Keterangan sekunder adalah termasuk
-
(a)
salinan-salinan yang diperakui yang diberi menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;
(b)
salinan yang dibuat daripada naskah asal melalui proses mesin, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;
(c)
salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskah asal;
(d)
naskah bertimbal bagi dokumen bagi menentukan pihak yang tidak menyempurnakannya;
(e)
keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen yang diberi oleh seseorang yang telah melihat sendiri dokumen itu.
MISALAN
(a)
Sesuatu gambarfoto bagi dokumen asal adalah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun gambarfoto dan dokumen asal itu tidak dibandingkan, jika sekiranya dibuktikan bahawa benda yang telah digambarfoto itu adalah dokumen asal.
(b)
Sesuatu salinan yang disalin daripada salinan yang dibuat dari mesin penyalin dan yang kemudiannya dibandingkan dengan dokumen asal adalah keterangan sekunder tetapi salinan yang tidak dibandingkan demikian itu bukanlah keterangan sekunder mengenai dokumen asal, walaupun salinan yang daripadanya ia disalin telah dibandingkan dengan dokumen asal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.