ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI
Darihal Jaminan



Seksyen 186. Perlaksanaan jaminan.

Sebelum seseorang dilepaskan atas jaminan, orang itu dan penjaminnya hendaklah melaksanakan bon bagi jumlah yang dianggap mencukupi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau Mahkamah, atas syarat bahawa orang itu hendaklah hadir pada masa dan di tempat yang disebutkan dalam bon dan dia akan terus hadir melainkan diarahkan sebaliknya oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.