ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 59. Hendaklah tiada apa-apa dorongan diberi.

(1) Tidaklah boleh mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang yang berkuasa menawar atau membuat apa-apa dorongan, ugutan atau janji kepada mana-mana orang yang dipertuduhkan atas sesuatu kesalahan untuk mendorong orang itu membuat apa-apa pernyataan berkenaan dengan pertuduhan terhadapnya orang itu.

(2) Tidaklah boleh mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain menahan atau menghalang dengan apa-apa amaran atau dengan cara lain mana-mana orang daripada membuat dalam masa penyiasatan di bawah Bab ini apa-apa pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya menurut kemahuannya sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.