ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XXIV - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 180. Bailif tidak boleh dijual.

Apabila bantahan telah difail dan disampaikan kepadanya seperti tersebut, bailif tidak boleh menjual harta yang dipersoalkan tanpa izin Mahkamah, kecuali jika harta itu mudah rosak atau lusuh dan jika sekiranya penjualan dibuat juga bailif hendaklah menyerahkan hasil mana-mana penjualan itu ke dalam Mahkamah sementara menunggu perintah selanjutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.