ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988
BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA
Seksyen 12. Pendaftaran
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada orang atau kumpulan orang yang hendak menubuhkan atau mendirikan Sekolah Agama melainkan jika ia didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
(2) Semua Sekolah Agama yang telah ditubuhkan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.