ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Kaedah-Kaedah Lain Berhubung dengan Saman dan Waran Tangkap
Seksyen 78. Pengeluaran waran sebagai ganti atau tambahan kepada saman.
Mahkamah, dalam bidangkuasa jenayahnya, boleh, dalam mana-mana kes yang ianya diberi kuasa mengeluarkan saman untuk kehadiran mana-mana orang, mengeluarkan, selepas merakamkan sebab-sebabnya secara bertulis, satu waran untuk menangkap orang itu-
(a)
jika sama ada sebelum atau selepas mengeluarkan saman tetapi sebelum tarikh yang ditetapkan untuk kehadirannya, Mahkamah mempunyai sebab-sebab mempercayai bahawa orang itu telah menghilangkan diri atau tidak akan mematuhi kehendak saman; atau
(b)
jika, pada masa yang ditetapkan, dia telah ingkar hadir dan saman itu telah dibuktikan sebagai telah diserah dengan sahnya dalam masa yang mencukupi untuk dia hadir mengikut kehendak saman itu dan tiada sebab munasabah yang diberinya bagi keingkarannya untuk hadir.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.