ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVIII - MURAJA'AH



Seksyen 168. Perintah muraja'ah.

Jika sesuatu kes dimuraja'ahkan di bawah Bab ini oleh Mahkamah Tinggi Syariah, ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintahnya kepada Mahkamah Rendah Syariah di mana pendapat, hukuman atau perintah yang telah diubah itu telah direkodkan atau dijatuhkan dengan menyatakan bahagian mana pendapat, hukuman atau perintah itu telah diubah, serta alasan pengubahan itu; dan Mahkamah Rendah Syariah yang menerima keputusan atau perintah itu hendaklah membuat perintah yang selaras dengan keputusan atau perintah yang diperakui itu dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda supaya selaras dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.