ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 24. Jawatankuasa Fatwa.

(1) Hendaklah diadakan suatu Jawatankuasa Fatwa bagi Majlis yang dianggotai oleh Mufti dan tidak lebih daripada tiga orang ulamak dari kalangan ahli-ahli Majlis dan tidak kurang daripada empat orang yang layak dan munasabah sama ada mereka itu ahli Majlis ataupun tidak, yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta bagi tempoh yang ditentukan dan diberi Tauliah yang ditandatangani oleh Baginda dan memakai Mohor Negeri.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan bolehlah pada bila-bila masa pun membatalkan mana-mana perlantikan itu melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) Mufti hendaklah menjadi pengerusi Jawatankuasa Fatwa, dan, dalam masa dia tidak hadir, mana-mana ahli lain yang dipilih oleh ahli-ahli yang hadir hendaklah bertugas sebagai pengerusi.

(4) Lima orang ahli Jawatankuasa hendaklah menjadi korum bagi mengadakan persidangan.

(5) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, Jawatankuasa Fatwa berkuasa membuat peraturannya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.