ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 126. Cerai dengan sebab ghaib.

(1) Apabila suami itu ghaib selama satu tahun Masihi atau lebih tanpa sebab yang menasabah dan isteri tiada tertunggu akan dia bolehlah isteri itu menuntut cerai kepada Mahkamah sekalipun suaminya ada mempunyai harta yang boleh dijual atau digunakan oleh isteri dan jika sabit aduannya, Mahkamah bolehlah menjatuhkan hukum cerai dengan satu Talak Ba'in.

(2) Jika suami boleh dihubungi hendaklah suatu pemberitahu disampaikan kepadanya supaya mengambil isterinya di mana ia berada atau kembali semula ke tempat isterinya dalam tempoh yang menasabah. Jika suami itu enggan berbuat demikian tanpa sebab yang menasabah, Mahkamah bolehlah menjatuhkan hukum cerai dengan satu Talak Ba'in.

(3) Jika tidak dapat dihubungi, Mahkamah bolehlah menjatuhkan hukum cerai dengan satu Talak Ba'in.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.