ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pekomplot berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh dakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula difikirkan oleh salah seorang daripada mereka, ialah qarinah terhadap setiap orang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang sedemikian telah menjadi pihak kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.