ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN
Seksyen 194. Laporan orang tertentu.
(1) Mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan yang dibuat di bawah tandatangan mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (2) mengenai mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisakan olehnya atau mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan yang dibuat di bawah tandatangan Pendaftar Penjenayah mengenai mana-mana perkara atau benda yang berhubung dengan kesan jari yang telah dikemukakan kepadanya untuk laporannya boleh diberi sebagai keterangan dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini melainkan jika orang tersebut atan Pendaftar itu dikehendaki hadir sebagai saksi-
(a)
oleh Mahkamah; atau
(b)
oleh tertuduh, dalam hal
yang mana tertuduh hendaklah memberi kepada Pendakwa notis tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum perbicaraan dimulakan:
Dengan syarat bahawa dalam mana-mana kes di mana Pendakwa Syarie berniat untuk memberi sebagai keterangan mana-mana laporan tersebut, dia hendaklah menghantarkan suatu salinan laporan itu kepada tertuduh tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum perbicaraan dimulakan.
(2) Berikut adalah orang yang peruntukan seksyen ini terpakai :
(a)
pegawai Institut Penyelidikan Perubatan;
(b)
Pegawai Perubatan Kerajaan;
(c)
ahli kimia yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia;
(d)
mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta
Kerajaan untuk menjadi Pemeriksa Dokumen;
(e)
Merinyu Timbang dan Sukat yang dilantik sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan timbang dan sukat yang berkuatkuasa di dalam Malaysia; dan
(f)
mana-mana orang atau kelas orang yang mana Yang di-Pertuan Agong, melalui pemberitahuan dalam
Warta,
mengisytiharkan bahawa peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai.
(3) Orang yang dirujukkan dalam subseksyen (2) dan Pendaftar Penjenayah adalah terikat di bawah Enakmen ini untuk menyatakan yang benar dalam laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.