ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - PELBAGAI



Seksyen 24. Perlindungan kepada pegawai.

(1) Tiada mana-mana pegawai Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Kadi boleh didakwa di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Adat kerana apa-apa perbuatan, ketinggalan atau perintahnya semasa menunaikan tugasnya, sama ada perbuatannya itu telah dilakukan luar atau di dalam bidangkuasanya dan tiada sesuatu perintah kos boleh dikenakan ke atasnya:

Dengan syarat bahawa pada masa berlakunya perbuatan, ketinggalan perbuatan itu atau semasa membuat perintah itu pegawai itu dengan suci hati mempercayai bahawa ianya mempunyai bidangkuasa untuk melakukan perbuatan, atau ketinggalan itu, atau mengeluarkan perintah yang berkenaan.

(2) Orang-orang yang menguatkuasakan waran atau perintah yang dikeluarkan dengan sahnya oleh Mahkamah tidak boleh didakwa di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Adat jika sekiranya waran atau perintah itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut semasa ianya mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkannya.

(3) Belif atau mana-mana Pegawai Mahkamah yang telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan mana-mana hukuman, perintah atau waran tahan harta sebelum hukuman, tidak boleh didakwa di dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Adat kerana sebarang tindakannya yang berkenaan dengan harta yang dirampasnya, kecuali jika sekiranya dia dengan sengaja telah bertindak melebihi had kuasa yang telah diberikan kepadanya oleh hukuman, perintah atau waran yang berkenaan:

Dengan syarat ia hendaklah tidak boleh dianggap sebagai telah bertindak melebihi had kuasanya hanya kerana ia telah mengetahui adanya suatu pertikaian tentang hakmilik harta yang dirampas itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.