ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VIII - MASUK ISLAM



Seksyen 84. Pendaftaran masuk Islam.

(1) Seorang yang masuk Islam boleh memohon kepada Pendaftar Masuk Islam, dalam borang yang telah ditetapkan untuk pendaftaran masuk Islam.

(2) Jika Pendaftar Masuk Islam berpuas hati bahawa kehendak-kehendak seksyen 77 dan 78 telah dipenuhi oleh orang itu, Pendaftar masuk Islam hendaklah mendaftar kemasukan orang itu dengan memasukkan ke dalam Daftar Masuk Islam nama orang itu dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki dalam Daftar Masuk Islam.

(3) Jika Pendaftar Masuk Islam berpuas hati bahawa seksyen 80 terpakai yang seseorang masuk Islam itu telah diberi penjagaan anak yang pada kemasukannya ke dalam Islam itu adalah berumur kurang dari lapan belas tahun, Pendaftar Masuk Islam hendaklah atas permohonan orang yang masuk Islam itu, mendaftarkan juga kemasukan setiap kanak-kanak itu di dalam Daftar Masuk Islam.

(4) Pendaftar Masuk Islam hendaklah juga menentukan tarikh kemasukan dan mencatatkan tarikh dalam Daftar Masuk Islam.

(5) Bagi maksud memuaskan hatinya atas fakta dan tarikh kemasukan dan lain-lain butiran termasuk umur, dsb, di dalam Daftar Masuk Islam, Pendaftar Masuk Islam hendaklah membuat siasatan dan mendapatkan keterangan sebagaimana yang dia fikirkan mustahak.

(6) Jika Pendaftar tidak berpuas hati bahawa kehendak seksyen 78 telah dipenuhi berkenaan dengan pemohon bagi kemasukan Islam, dia boleh membenarkan pemohon mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapannya atau di hadapan mana-mana pegawainya mengikut kehendak-kehendak seksyen itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.