ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VIII - MASUK ISLAM



Seksyen 85. Sijil masuk Islam.

(1) Pendaftar Masuk Islam hendaklah menyerahkan kepada tiap-tiap orang yang kemasukannya ke agama Islam telah pun didaftarkan, suatu sijil Masuk Islam di dalam borang yang ditetapkan.

(2) Sijil Masuk Islam untuk kanak-kanak yang masuk Islam hendaklah diberikan kepada ibu atau bapanya yang telah masuk Islam.

(3) Sijil Masuk Islam hendaklah dianggap menjadi bukti konklusif akan fakta yang terkandung di dalamnya.

(4) Pendaftar Masuk Islam hendaklah menyerahkan satu salinan Sijil Masuk Islam kepada Pejabat Pendaftaran Negara bagi tujuan pendaftaran penukaran nama.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.