ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 50. Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun ketiadaan Hakim.

(1) Jika dalam masa sesuatu prosiding dalam suatu rayuan atau, bila-bila masa sebelum disampaikan hukuman, seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tiada berupaya hadir dan menyelesaikan prosiding disebabkan sakit atau sebab-sebab lain, atau sebaliknya bagi menjalankan tugas Hakim Mahkamah itu, perbicaraan atau prosiding itu hendaklah, jika kedua pihak bersetuju, diteruskan dan keputusan atau keputusan yang ditangguh, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah diberi oleh dua orang Hakim yang ada itu, dan Mahkamah hendaklah bagi maksud rayuan, dianggap telah sepenuhnya dianggotai walaupun ketidakhadiran atau ketidakupayaan Hakim yang tertentu itu.

(2) Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut di bawah subseksyen (1), rayuan hendaklah diputuskan oleh Hakim-hakim yang ada itu, dan jika tiada keputusan sebulat suara, rayuan hendaklah didengar semula.

(3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tiada memberi persetujuan, atau lebih daripada seorang Hakim tidak berupaya, disebabkan sakit atau sebab-sebab lain bagi menghadiri dan menyelesaikan prosiding atau sebaliknya menjalankan tugasnya sebagai Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.