ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002
JADUAL KEDUA
(Subseksyen 7 (2))
PROSIDING YANG HENDAKLAH DIMULAKAN DENGAN PERMOHONAN
Perkara-perkara yang berhubungan dengan undang-undang diri dan keluarga seperti yang berikut:
Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan seseorang orang belum dewasa.
Pelantikan wali am.
Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang.
Anggapan kematian.
Pelantikan penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
Perintah bagi penjagaan bersama harta seseorang orang belum dewasa.
Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
Perintah bagi pemecatan penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
Kebenaran bagi pelupusan harta seseorang orang belum dewasa.
Kebenaran untuk menyara seseorang orang belum dewasa daripada pendapatan hartanya.
Perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara seseorang orang belum dewasa.
Perintah larangan yang berhubungan dengan harta seseorang orang belum dewasa.
Injunksi yang menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.
Perintah untuk mengetepikan, dan injunksi yang menghalang, pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah.
Injunksi terhadap perkosaan oleh suami atau isteri atau bekas suami atau isteri.
Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Negeri Kelantan (Pengakuterimaan paterniti).
Pengesahan pengakuterimaan paterniti oleh perempuan dalam
'eddah
(Pembahagian harta pusaka).
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.