ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 55. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian-perjanjian nafkah.


Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 51, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuashati bahawa sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan dan walau apapun peruntukan yang berlawanan dalam sesuatu perjanjian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.