ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 10 - PERUNTUKAN AM



Seksyen 131. Pemakaian sementara ke atas kes-kes yang belum selesai.

Bagi menyelesaikan kes-kes dan perkara-perkara yang masih dalam pertimbangan Mahkamah dan belum selesai pada ketika mula berkuatkuasanya Enakmen ini, peruntukan-peruntukan di bawah Enakmen ini hendaklah dipakai setakat mana yang ia tidak akan menyebabkan ketidakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.