ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 7 - SAKSI
Seksyen 86. Bilangan saksi.
(1) Keterangan dalam kes zina yang membawa kepada hukuman hudud tidak boleh diterima kecuali ia disaksikan oleh empat orang lelaki.
(2) Dakwaan seorang yang dikenali seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak boleh diterima kecuali ianya disokong oleh tiga orang saksi lelaki.
Huraian-
Pengakuan
telah menjadi papa dalam pungutan zakat dan telah menjadi papa yang menggugurkan beban pembayaran hutang dan nafkah kaum kerabat dan isteri tidak boleh diterima kecuali disaksikan oleh tiga orang lelaki.
(3) Dalam perkara melihat anak bulan keterangan seorang lelaki yang adil adalah layak diterima.
(4) Keterangan seorang lelaki dalam keadaan yang berikut-
(a)
keterangan seorang guru dalam kes kanak-kanak sekolah;
(b)
keterangan pakar dalam menilai barang rosak;
(c)
keterangan dalam penerimaan dan penolakan saksi;
(d)
pemberitahuan memecat wakil; dan
(e)
pemberitahuan keaiban barang jualan, adalah layak diterima.
(5) Keterangan seorang perempuan adalah layak diterima dalam perkara yang biasa dilihat oleh seseorang perempuan.
MISALAN
Keterangan berhubung dengan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi oleh seorang bidan dalam perkara haidh, beranak, penyusuan dan keaiban perempuan, adalah layak diterima.
(6) Di dalam perkara-perkara lain dari yang disebut di atas hendaklah
shahadah
diberi oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.