ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH
BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 3 - AFIDAVIT
Seksyen 112. Membuat afidavit.
Sesuatu afidavit yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding di Mahkamah hendaklah dibuat dengan sumpah-
(a) di dalam Negeri, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Pendaftar;
(b) di Negeri lain di Malaysia, di hadapan Hakim Syarie atau Kadi, mengikut kehendak kes; dan
(c) di mana-mana tempat di luar Malaysia, di hadapan mana-mana pegawai Islam Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau Konsulat atau Misi Tetap di tempat itu yang diberi kuasa untuk mengendalikan sumpah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.