ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 170. Kuasa untuk penyemakan.

(1) Jika dalam menjalankan bidang kuasa penyemakannya, Mahkamah meminta supaya rekod prosiding atau rekod itu dirujukkan kepadanya, Mahkamah boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen 141, 145, 146 dan 147.

(2) Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat yang memudaratkan tertuduh melainkan jika dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarienya dalam membela dirinya sendiri.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi kuasa kepada Mahkamah yang menjalankan mana-mana bidang kuasa penyemakan untuk mengubah suatu dapatan pembebasan kepada sabitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.