ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN IV - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 55. Peguam Syarie.

(1) Majlis boleh melantik mana-mana pegawai undang-undang Kerajaan Persekutuan dan mana-mana pegawai undang-undang yang memiliki sijil yang sah dikeluarkan di bawah Akta Profesyen Undang-undang 1976 [Akta 166], atau mana-mana orang yang berkelayakan menjadi Peguam Syarie bagi hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah.

(2) Kelayakan bagi perlantikan sebagai Peguam Syarie hendaklah ditetapkan oleh peraturan yang dibuat oleh Majlis.

(3) Peraturan tersebut boleh memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki sijil yang dikeluarkan oleh Majlis dan ditandatangani oleh Pengerusi setelah dibayar fee yang ditetapkan. Sijil tersebut hendaklah dipanggil "Sijil Peguam Syarie".

(4) Sijil Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah kekal sah bagi satu tahun daripada tarikh pengeluarannya:

Dengan syarat Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkannya




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.