ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - PENALTI PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 38. Akuan dan pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan.

Jika seseorang, bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Enakmen ini, sengaja membuat sesuatu akuan atau pernyataan yang palsu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.