ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 68. Anggapan tentang salinan yang diperakui bagi rekod kehakiman negara asing.

Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu dokumen yang berupa sebagai salinan yang diperakui dari sesuatu rekod kehakiman mana-mana negara luar Malaysia adalah tulen dan tepat jika dokumen itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang disahkan oleh wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi memperakui salinan rekod kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.