ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 12. Perkahwinan seseorang perempuan.
(1) Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.
(2) Jika perempuan itu adalah seorang janda-
(
a
)
tertakluk kepada perenggan
(c)
, dia tidak boleh, pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh '
iddahnya
yang dikira menurut Hukum Syara', berkahwin dengan seseorang melainkan lelaki yang akhir dia telah bercerai;
(
b
)
dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan-
(i) suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa; atau
(ii) suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan perceraiannya dalam daftar perceraian yang berkenaan; atau
(iii) suatu perakuan, yang boleh diberi atas permohonannya, selepas penyiasatan yang wajar, oleh Hakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana permohonan itu dibuat, yang bermaksud bahawa dia adalah seorang janda;
(
c
)
Jika perceraian itu adalah dengan
ba-in kubra
, iaitu tiga
talaq
, dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu, melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah bersetubuh dengan suaminya yang baru itu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah, dan setelah habis '
iddah
nya.
(3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa '
iddah
perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(4) Jika perempuan itu adalah seorang balu-
(
a
)
dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh
'iddahnya
yang dikira menurut Hukum Syara';
(
b
)
dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan surat perakuan kematian suaminya atau dengan cara lain membuktikan kematian suaminya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.