Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN IX



Seksyen 42. Bagaimana Membuktikan Kesalahan.

(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 [En. Tr. 6/2001] hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini.

(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini sama ada kesalahan hudud atau kesalahan qisas hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.