ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 58. Penjagaan, masjid dan kawasan.

(1) Majlis hendaklah mempastikan bahawa semua masjid dalam Negeri Selangor adalah dijaga dalam keadaan baik dan kawasannya dijaga dalam keadaan bersih; dan Majlis boleh menambah, dan memohon, atau membenarkan penambahan dan pemakaian kumpulan wang yang khusus bagi maksud memperbaiki atau menjaga atau boleh membayar belanja pembaikan dan penjagaan daripada kumpulan wang tersebut.

(2) Imam hendaklah memberitahu Majlis dengan segera apabila berlaku keadaan yang memerlukan pembaikan segera bagi masjid di bawah jagaannya dan hendaklah mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai wakil bagi pihak Majlis.

(3) Tiada ubahsuaian kepada bentuk masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(4) Majlis boleh mengarahkan sesuatu jawatankuasa kariah menjaga masjid yang ia adalah berkuasa atasnya, dalam keadaan baik.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.