ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IV - PELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.
Lembaga Fatwa



Seksyen 40. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.

(1) MajIis boleh meminda, mengubahsuai atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Ordinan ini atau di bawah Ordinan dimansuhkan.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan seksyen 37 hendaklah terpakai baginya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.