ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN V - PEGUAM SYARIE



Seksyen 29. Penyampaian kepada Peguam Syarie.

Apabila seorang Peguam Syarie mewakili lebih daripada satu pihak dalam mana-mana prosiding, penyampaian satu salinan mana-mana dokumen kepada Peguam Syarie itu adalah cukup sebagai penyampaian sempurna kepada semua pihak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.