ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR



Seksyen 21. Memanggil mesyuarat.

(1) Mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan tetap sehingga tidak lebih daripada tiga bulan kalendar boleh berlalu antara satu mesyuarat dengan yang berikutnya.

(2) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

(3) Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.

(6) Notis bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari hendaklah diberikan mengenai mana-mana mesyuarat, tetapi Pengerusi boleh, jika dia berpendapat bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil suatu mesyuarat dengan notis yang lebih singkat, mengarahkan supaya kehendak notis tujuh hari itu diketepikan.

(7) Notis mesyuarat boleh dihantar dengan pos, faksimili atau e-mel.

(8) Notis yang dihantar kepada seseorang anggota dengan pos hendaklah dialamatkan ke tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah disifatkan telah disampaikan mengikut perjalanan biasa pos.

(9) Notis yang dihantar kepada seseorang anggota dengan faksimili hendaklah dihantar kepada nombor faksimili yang diberikan oleh anggota itu secara bertulis kepada Setiausaha dan hendaklah disifatkan telah diterima oleh anggota itu apabila kod panggilan balik diterima oleh Setiausaha.

(10) Notis yang dihantar kepada seseorang anggota dengan e-mel hendaklah dihantar ke alamat e-mel anggota itu yang diberikan kepada Setiausaha secara bertulis dan hendaklah disifatkan telah diterima apabila pentadbir mel yang berkenaan memaklumkan bahawa mel itu sudah berjaya dihantar atau jika tidak ada makluman daripada pentadbir mel bahawa mel itu tidak berjaya dihantar.

(11) Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal anggota yang sedang berada di luar Malaysia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.