ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 132. Tidak membuat laporan.

(1) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan di bawah Enakmen ini, bersengaja cuai atau gagal berbuat demikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan, boleh dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan atau dikehendaki mengemukakan sesuatu permohonan di bawah Enakmen ini atau dikehendaki memberi sesuatu maklumat atau menyempurnakan atau menandatangani apa-apa dokumen yang perlu diisi undang-undang bagi maksud melaksanakan pendaftaran itu, bersengaja cuai atau gagal membuat laporan itu atau mematuhi kehendak itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(3) Jika seseorang memberi secara lisan atau bertulis kepada Pendaftaran pernyataan atau akuan yang salah berkaitan dengan mana-mana perkara yang hendak direkod atau didaftarkan oleh Pendaftar mengikut sebagaimana yang dikehendaki di dalam peruntukan Enakmen ini, maka dia melakukan kesalahan dan, jika disabitkan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.