ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 172. Perintah apabila kes disemak.

Apabila suatu kes disemak di bawah Bab ini, Mahkamah yang membuat penyemakan itu hendaklah memberikan perakuan tentang keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau perintah yang disemak itu dengan menyatakan, jika dapatan, hukuman atau perintah itu telah diubah, alasan bagi pengubahan itu; dan Mahkamah yang kepadanya perakuan tentang keputusan atau perintah itu telah diberikan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati keputusan yang telah diberikan perakuan sedemikian dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.