ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVIII - DARIHAL LUAR ATURAN DALAM PROSIDING



Seksyen 201. Prosiding ditempat yang salah, dsb.

Tiada pendapat, hukuman atau perintah mana-mana Mahkamah boleh diketepikan semata-mata atas alasan bahawa perbicaraan atau prosiding lain yang di dalamnya ia direkod, dijatuhkan atau dibuat, telah berlaku dalam kawasan tempatan yang salah atau di hadapan Mahkamah yang salah, melainkan jika ternyata bahawa kesilapan itu menyebabkan ketidakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.