ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN SAMAN
WARAN TANGKAP



Seksyen 31. Bentuk waran tangkap.

(1) Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah bertulis di dalam Borang 2D (i) yang terkandung di dalam Jadual dan ditandatangani oleh Kadi dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran itu akan terus berkuatkuasa sehingga ianya dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.