ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 87. Membetulkan kesalahan.


(1) Sekiranya didapati mana-mana kenyataan dalam daftar yang disimpan atau mana-mana akuan yang telah dikeluarkan dengan sah mengikut Enakmen ini telah diperbuat atau dikeluarkan dengan salah atau mengandungi butir-butir yang tidak benar, maka Yang di-Pertua berkuasa membuat penyiasatan dan jika puas hati membetulkan kesalahan itu.

(2) Apakala telah menerima perintah daripada Yang di-Pertua untuk membetulkan kesalahan itu, maka Pendaftar bagi Daerah yang terlibat itu atau Pegawai yang sedang menjalankan tugas sebagai Pendaftar itu hendaklah membetulkan kesalahan itu mengikut perintah itu.

(3) Sesiapa yang memegang atau menyimpan surat akuan yang mengandungi butir-butir yang salah atau yang tidak benar itu hendaklah menyerahkan akuan itu kepada Pendaftar apabila diperintahkan berbuat demikian.

(4) Perintah tidak akan dikeluarkan di bawah seksyen ini jika mencatatkan seseorang melainkan sehingga telah diberi peluang kepadanya untuk memberi keterangan samada dengan bersendirian atau dengan Peguamnya.

(5) Kuasa-kuasa membetulkan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah termasuk perkara-perkara butiran atau akuan yang telah dikeluarkan sebelum Enakmen ini dikuatkuasakan.

(6) Yang di-Pertua boleh melantik satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara-perkara yang berhubung dalam seksyen ini, jika difikirkan perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.