ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 146. Menyembunyikan ahli waris.

(1) Sesiapa yang dengan sengaja menyembunyikan ahli-ahli waris yang berhak menerima apa-apa harta pusaka adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana pihak berkuasa agama atau sesiapa yang diberi kuasa oleh Mahkamah untuk mencari, menyiasat dan menyenaraikan ahli-ahli yang berhak menjadi waris.

(3) Sesiapa dengan sengaja ingkar perintah Mahkamah di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.