ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 16. Pertalian yang melarang perkahwinan.

(1) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan-
(2) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan-
(3) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

(4) Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai dua isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau susuan dan pertalian itu adalah dari jenis yang, jika salah seorang daripada mereka adalah seorang lelaki, menjadikan perkahwinan antara mereka tetap tidak sah di sisi Hukum Syarak.

(5) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.

(6) Tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.