ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI
Darihal Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah



Seksyen 146. Perintah mengambil keterangan lanjut.

(1) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan di bawah Bab ini Mahkamah Tinggi Syariah jika ia fikir keterangan tambahan adalah perlu, bolehlah sama ada mengambil sendiri keterangan berkenaan atau mengarahkannya diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah ia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah, sesudah itu hendaklah seberapa segera yang boleh, terus menyelesaikan rayuan.

(3) Kecuali jika Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan sebaliknya, orang yang dituduh atau wakilnya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.