ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991

BAHAGlAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 8. Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai agama bukan Islam kepada orang yang beragama Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam masa membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai suatu agama bukan Islam, menyerahkan satu salinan atau salinan-salinan terbitan atau bahan publisiti itu kepada seorang yang beragama Islam.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1)-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.