ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 113. Kuasa meakad nikah.

(1) Sesuatu nikah itu hanya boleh diakadkan mengikut Hukum Syarak oleh Juru Nikah di tempat nikah itu diadakan.

(2) Sesuatu nikah itu hendaklah diakadkan oleh Juru Nikah kecuali seseorang Wali boleh meakadkan Nikah dengan kebenaran Kadi Daerahnya, dan dilakukan nikah itu di hadapan Juru Nikah.

(3) Seseorang Juru Nikah boleh meakad nikah dengan permintaan Wali perempuan yang hendak dinikahkan itu mengikut mana-mana kaedah menjalankan kerja-kerja Nikah, Cerai dan Rujuk Orang-orang Islam.

(4) Juru Nikah-Juru Nikah boleh meakad nikahkan seseorang perempuan yang tiada berwali mengikut mana-mana kaedah menjalankan kerja-kerja Nikah, Cerai dan Rujuk Orang-orang Islam.

(5) Jika seseorang Wali bagi perempuan yang akan dinikahkan itu enggan mewalikan atau enggan memberi kebenaran tanpa sebab-sebab yang diluluskan oleh Hukum Syarak, maka hendaklah Juru Nikah kawasannya merujukkan perkara itu kepada Kadi Daerahnya bagi keputusan.

(6) Tiap-tiap perempuan yang hendak dinikahkan itu hendaklah berumur tidak kurang daripada enam belas tahun dan bagi lelaki yang hendak dinikahkan hendaklah berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun, melainkan dengan sebab-sebab tertentu dan dengan kebenaran Kadi Besar.

(7) Jika perempuan yang hendak bernikah itu janda:






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.