ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Peruntukan Am



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh seseorang yang perkomplot berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama hendak melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh didakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula diterima oleh salah seseorang daripada mereka, adalah qarinah terhadap setiap orang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan adanya komplot itu dan bagi maksud menunjukkan seseorang telah menjadi pihak kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.