ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XVIII - PERBICARAAN



Seksyen 124. Hujah.

(1) Setiap pihak boleh, sebelum mengemukakan keterangan memperkenalkan kesnya. Pihak yang terhadapnya penghakiman boleh diberi mengikut pliding adalah berhak memulainya.

(2) Setiap pihak boleh menggulungkan kesnya selepas tamat keterangan diberi, tetapi pihak yang memulakan berhak menutup sama ada pihak yang satu lagi itu telah mengemukakan keterangan atau tidak.

(3) Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat perbicaraan memanggil mana-mana pihak mengemukakan keterangan yang difikirkan wajar untuk kepentingan keadilan dan boleh memeriksa mana-mana tempat atau barang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.